My Department’s Team Building 2011 (Expired Story :p)
Ini cerita lama punya kisah tetapi apa nak kesah? Cerita basi ada je tempat di sini
Sedangkan susu basi boleh jadi yogurt, kan?
Tengok dekat gambar apa seram pintu gerbang ni. Macam haunted place yang ada aura akan tarik-tarik mangsa untuk masuk. Creepy old kan? Tapi sebenarnya pintu gerbang ini cool bila tengok depan-depan. Rasa welcoming untuk masuk.
Sebab itu nama tempat ini Agrotek Garden Resort sebab tema chalet dia ala-ala garden. Bila duduk sini, memang terasa suasana kampung yang permai. Air kolam, tumbuhan hijau dan ikan serta burung. Kalau nak feeling Korea, lu salah tempat beb
Geng-geng ready nak pergi jungle trekking. Tengok member yang pakai baju polka dot putih tu. Weh, kita nak masuk hutan lah. Baju dia sungguh tak macho kan kan. Baju yang terlalu comel untuk masuk hutan (‘: Nasib kasut kuning tu style.
Laluan jungle trekking tak mencabar mana. Ada juga terserempak dengan ular dan pacat. Tapi okay lah laluan untuk jalan-jalan tengok hutan tropika Malaysia iklim khatulistiwa ni. Walaupun laluan tak mencabar dan kami tak rasa tercabar, tetap ada ganjaran. Di separuh jalan boleh ada air terjun la pulak. Berendam lah semua.
Untunglah.. dapat merasa air terjun fresh sebab daripada gunung, air terjun tu melalui kawasan kami dahulu sebelum ke resort-resort yang lain berhampiran Hulu Langat tu. Tak ada lah kami kena tempias sisa-sisa buangan yang tak dikehendaki (if you know what I mean ehehi).
Malam dinner the theme is Childhood Hero. Kira tema kartun masa zaman kita kanak-kanak. Kak Ieka the Robin menang costume terbaik. Perlukah orang lain menang?! Tengok warna gincu la kan sedondon dengan baju dah.
Me and Kak Suli tengah in line ambil makanan. Awkward gila I was having trouble untuk anggar jarak nak capai sepit makanan. Topi dan topeng Robin punya pasal. Masa melantak, cabut semua supaya dapat kepuasan makan yang maksimum.
Makanan di Agrotek Garden Resort ini memang terbaik. BBQ boleh tahan. Kambing golek dia sedap menjilat pinggan. Lauk tengahari fulamak memang tak boleh lupa udang sambal petai. 9.5 per 10 markah untuk makanan yang disediakan. Lagi 0.5 markah lagi hilang sebab I tak puas makan durian dia boleh? Tak cukup padahal kitorang yang melantak berbakul-bakul.
Durian Hulu Langat memang gred A. We all kerjakan durian macam dah tak kenal apakah kolesterol, apakah lemak. Senang kata piramid makanan dah terbalik masa kat situ tehee! Betapa hebat perut kami lepas melantak kambing golek, kopak durian sebiji. Habis durian, sambar kambing golek semula. Lepas tu, buat-buat macam belum makan durian. Makan untuk pencuci mulut pulak. SONGSANG PIRAMID MAKANAN.
Persembahan sebelum makan. Dramatik gila kan gambar ni. Macam Red Indian yang sebenar di malam hari buat upacara mintak hujan agaknya. Tapi disebabkan persembahan agak panjang, lama-kelamaan team Red Indian bergerak secara rawak mula hilang arah dan rentak. Ehehi. Tapi thumbs up to the effort yo!
Bergambar dengan team sebelum makan.
Customer service resort ni memang terbaik sebab serba-serbi diorang cuba deliver the best. Banyak persembahan dirancang, game-game pun seronok dan staf resort pun sungguh-sungguh menolong. Tempat ni bukan sahaja sesuai untuk acara organisasi, percutian keluarga pun boleh. Kiranya team department daripada Bank Negara rasa pueh hati dengan teambuilding tahun lepas (2011) ni. I dengar tahun-tahun sebelumnya lagi seronok sebab buat di tempat yang lebih adventurous. Kita tunggu dan lihat tahun ini punya. Tataaaa.
ps: Kat dapur I sekarang ni ada durian. Nak melantak ke tak, nak melantak ke tak? Tak payah la buat-buat tepuk dada tanya selera. Jom! (ajak perut sendiri).









bestnya berjalan dia
)
wa… seronoknye…
jom joint 1st GA petakbunga