SAMBUNGAN: Cara Berkesan Hantar Resume untuk Sekurang-kurangnya Dipanggil ke Temuduga Kerja

 

Boleh pulak tertinggal satu tips ni. Padahal aku rasa tips ini yang sangat-sangat membantu. Korang kena set in mind, korang dah terdesak sungguh desperate mahu kerja baru. Ini boleh menambahkan motivasi dan daya kesungguhan yang tinggi di dalam dada.

 

Print resume banyak-banyak sampai 20 set dan masuk dalam sampul setiap satu. Di hadapan sampul terus tujukan kepada pihak yang berkenaan contohnya To: Recruitment Team, Human Resource Department. Di sudut kanan envelope letak terus position yang engkau nak apply. Sonang keje diorang nanti. Contoh: Management Trainee/ HR Executive/ Executive or any other relevant position.

 

Lepas itu, bawa semua set yang dah siap dan mulakan pengembaraan mencari kerja. Tapi kaedah ini agak memenatkan sebab kena gigih travel dari satu company ke company yang lain. Tune on lagu dalam minda mengikut selera masing-masing. Lagu melankolik sedih mendayu-dayu bagus juga sebab boleh bagi mood musafir dari kampung masuk ke kota besar mencari kerja. Nanti senang boleh bayangkan diri macam dalam cerekarama TV3.

 

Kalau nak lagu motivasi macam lagu Gemuruh Faizal Tahir pun not bad untuk lajukan degupan jantung bagi semangat membara-bara sepanjang sesi ni. Tapi tok sah le der. Rileks sudah. You have no reason to push yourself.

 

Kaedah ini adalah anda drop by ke setiap company yang anda teringin untuk cuba apply. Just approach kaunter di lobi dan tanya how to drop your resume. Biasanya company besar yang aktif recruitment, memang dah sediakan box di sebelah kaunter (nampak benor aku dah expert!). So jangan takut untuk bertanya dekat pak guard-pak guard yang nampak garang sebab diorang dah biasa dengan manusia yang ada misi macam kita ni. Kadang-kadang box untuk drop resume ada sebelah tempat duduk pak guard -__-”

 

Kaedah ini effective sebab resume korang confirm-confirm sampai ke company tersebut. Tawakal je lah resume itu berpeluang untuk dinilai. Lebih elok jika korang target ke HQ company. Bukan ke cawangan-cawangan dia. Contohnya macam bank, kebiasaannya proses recruiment memang dicentralisekan di HQ.

 

OK itu sahaja. Yang penting jangan banyak merungut, sebab nanti rezeki pun menyampah nak pergi dekat kita.

 

Tips: Cara yang sebenar-benarnya untuk buat ‘home treatment’ untuk rambut

 

Ketahuilah perempuan, dunia semakin tidak adil. Lelaki mahukan perempuan yang cantik berdahi licin. Padahal kulit muka sendiri berminyak-minyak. Nyampah kan? Agak-agak diorang tahu tak nak pilih pencuci muka sendiri. LOL.

 

Kita wanita biasa-biasa ni makin lama makin terasa rendah diri. Tengok iklan, model perempuan semua dah standard high class. Glowing flawless skin, silky hair, tall and slender shape. Buat kita yang perempuan pun ternganga. Ciss.

 

Tak semua perempuan mampu pergi ke salun mengerbang-ngerbangkan ‘kertas harga’.. Ada pula yang berpantang alang sebelum ajal tak mahu ke salun sebab tak ada service tertutup. Kalau service tertutup tapi yang dok service gunting-gunting belai-belai rambut kita bukan golongan yang dibolehkan pon satu hal jugak. Dosa tetap dosa.

 

Tak semua perempuan dibesarkan dalam rumah mewah berpenghawa dingin.. Kadang-kadang bila asyik lah duduk dalam keadaan panas, rambut halus mulus boleh jadi tali rafia. Jadi, aku nak share satu tip best yang aku raih melalui persahabatan yang baru terjalin (‘:

 

Suatu masa dahulu kira-kira dua minggu lepas dalam sejarah, aku menaiki KTM ke Shah Alam. Kalau naik train untuk ke stesen yang dekat, punggung pun tak sempat panas duduk. Tetapi kalau stesennya dah jauh boleh sempat tidur, baca magazine, bancuh air dan etc etc, aku tahu aku dah bosan gila. Masuk seorang lady dengan beg-begnya duduk sebelah aku. Yay! aku terus tegur dan ajak borak. Kesian dia mesti penat baru balik travel pastu terduduk sebelah kepochi.

 

Si dia yang manis bernama Hajar rupanya baru balik holiday dekat Pulau Redang. Patut la ada patung penyu besar dalam beg (baru beli) siap ada berbungkus-bungkus keropok. Tak sah la kalau tak bawak balik keropok kan. Kang mak kat rumah merajuk.

 

Daripada berbual pasal trip dia, sentuh pasal aku, cerita pasal dia pulak. Rupa-rupanya dia ni ambil jurusan kecantikan. Tak melekat pulak kat kepala nama course dia amek. Tapi Hajar belajar pasal beauty from head to toe. Aku terus macam nak lantik dia jadi best friend sebab nanti senang boleh dapat consultation free muahaha.

 

Melihatkan rambut dia yang nice, aku pun tegur la. Rebonding ke Hajar? Dia kata tidok le rebonding. Cuma rambut dia dah selalu ditreatmentkan. Maka, cantik lurus terurus macam tu. Alang-alang borak dengan orang beauty area ni kan, apa salahnya menimba ilmu walau sekejap seperjalanan ktm yang semput kura-kura tu.

 

1) Boleh pakai apa sahaja jenama.
Aku takdelah claim semua jenama mendatangkan hasil gorgeous menawan. Cuma realitinya (bak kata Hajar), dia sendiri pakai jenama Watson. Syampu bukan kita boleh makan pun kan. Beli yang sesuai untuk dipakai bilas pun dah cukup syarat. Airnya masuk lubang bilik air jugak nanti.

 

2) Cara pemakaian
Ini paling best. Sebab pertama kali aku dapat tips yang lain daripada lain. Haruslah bersyampu seperti biasa tetapi JANGAN pakai conditioner. Lame, asal perkataan JANGAN je nak huruf besar. JANGAN huruf besar boleh tak? *terbuat lagi -.-”* Hajar kata, conditioner akan halang penyerapan treatment nanti. Lepas bilasan syampu dibuat, terus guna treatment essence….

 

Treatment essence ni pakai banyak-banyak dan biar lama sikit dalam 15 minit. Urut sampai ke akar rambut kepala. Itupun kalau akar rambut korang boleh dicapai dek jari kehkehkeh. Urut sampai kulit kepala sudah. Jenama treatment aku suka muahmuah adalah Loreal punya treatment mask. Memang best tahap Diva Vava Voom. Masalahnya apesal tips aku ni bercanggah dengan perenggan atas??! Tadi macam bagi nasihat ekonomi yang range harga berpatutan. Tiba-tiba petik Loreal T.T Dah la mahal. Tapi best gile awak kite tak tipu! (ayat budak sekolah rendah :P )

 

Dua tips yang sangat mudah! Tips ini susah nak ada dalam magazine sebab rata-rata akan promote untuk pakai semua range produknya sekali. Bapak botol, anak botol, cucu cicit botol punya saiz semua dia suggest pakai disebabkan nak tanam stigma “Frequent/daily use is very recommended”. “Use together with other set of……”. Memang la nak beli satu set tu semua pakai air liur. Ingat kaunter bayaran terima ke air liur uh!

 

 

Hajar akan launch spa & beauty saloon dia next month. Semoga dengan saya berkongsi tips daripada Hajar ni, Hajar dapatlah sikit ‘share’ dibawa ke berkat bisnes baru dia (‘: Semoga berjaya kawan baru!!

 

Cara Berkesan Hantar Resume untuk Sekurang-kurangnya Dipanggil ke Temuduga Kerja

 

Zaman sekarang orang kata susah nak cari kerja. Memang susah nak dapat kerja tapi tak bermaksud tak banyak peluang pekerjaan. Anda duduk KL? Cuba tengok berapa banyak bangunan pencakar langit? Company-company besar takkan tak pakai orang kan. Kita ni yang kena bersaing, kita ni yang kena upgrade skills dan kita ni yang kena tonjolkan diri!

 
 

Aku tertarik untuk tulis entri ni sebab nak berkongsi dengan rakan-rakan. Ada dalam kalangan rakan-rakanku yang masih unemployed kerana rezeki belum menyebelahi. Ramai juga yang nak bertukar kerja sebab nak venture other possibilities mencari yang selesa di hati.

 
 

Aku hanya akan tulis berdasarkan pengalaman dan pandangan aku. Entri ini sesuai untuk golongan yang berada pada awal fasa pekerjaan sahaja. Yang dah sepuluh dua puluh tahun atau hendak berpencen tahun ini, sila tinggalkan entri ini dengan penuh bangga.

 
 

Dalam masa sebulan setengah, aku dipanggil untuk 9 interview. Apa yang perlu anda beri perhatian untuk sekurang-kurangnya dipanggil ke temuduga?

 
 

i) Resume
Resume adalah wakil anda. Jadi sangat penting untuk wakil anda ini kelihatan profesional dan bersifat meyakinkan. Jangan sesekali guna font dan format yang luar biasa. Ringkas adakalanya lebih baik.

 
 

ii) Buku dan Majalah Panduan
Pergi ke kedai buku dan cari buku panduan tentang kerjaya. Contohnya buku Graduan. Biasanya buku-buku seperti ini akan paparkan latar belakang syarikat-syarikat di Malaysia beserta cara untuk menghubungi.

 

iii) Hantar Resume
Ada company yang prefer permohonan kerja dibuat secara online, pos resume atau emel. Tapi masalahnya, kita ni manalah nak tahu company ni prefer guna cara mana kan? Senang cerita, korang submit application pakai semua cara di atas. Kecuali untuk company yang betul-betul confirm hanya menggunakan sistem online application seperti Petronas dan Shell.

 

Kadang-kadang bukan sebab kita tak layak, tapi mungkin resume kita tak disampaikan kepada orang yang betul. Korang nak apply company A, korang dapat je emel daripada seorang staf ni terus hantar kat dia. Sekali rupanya dia abang despatch. Tanya betul-betul dulu adakah dia boleh sampaikan kepada pihak recruitment? Kalau tak boleh sia-sia je kita hantar.

 

iv) Ringankan mulut
Ini antara cara aku yang paling berkesan. Sebab aku ni suka sangat berbual dengan orang yang aku baru kenal. Contohnya masa tunggu train, aku akan aim akak/abang yang gaya dia macam best bekerjaya. So masa naik train tu, aku ambil kesempatan loncat cepat-cepat untuk duduk sebelah dia. So ehem ehem aku bukak mulut borak je terus aku lompatkan kepada persoalan, “iskh ada kosong ke kat company akak? saya dengar situ susah nak apply”. Then, terus boleh tanya dia macam-macam tehee (cane nak apply, post apa ada kosong). Tetapi kebiasaanya, pemerolehan maklumat bergantung kepada kepandaian anda memancing sasaran. Paham tak?

 

Dalam train ni, bukan staf biasa je naik. Hari tu aku dapat borak dengan orang Ekonomi daripada *****. Lepas tu jumpa Senior Manager bank. Terror tak terror aku pilih orang kan? =P

 

Usahakan untuk terus dapatkan emel and no telefon diorang! Haha sebab senang nak roger-roger minta diorang sampaikan resume. Ingat: jangan sampai anda berperangai annoying. Boo layan kau nanti. Kena tanya dengan tenang dan tidak mendesak =) Kalau muka anda horror, mungkin susah nanti nak dapatkan contact emel, jadi tambahkan manis dalam senyuman!

 
 

InsyaAllah, letakkan pengharapan anda sepenuhnya, bulat-bulat dan bogel-bogel kepada Allah. Anda kena tawakkal billah.

 
 

Akak Jangan Buat Jenaka Kak!

 

Bersempena dengan perpindahan aku ke rumah baru, pada hari terakhir aku menetap di Ampang aku pon pergi berjumpa dengan taukey kedai makan feveretku. Satu kedai ni aku suka gila nasi goreng kampung dia. Abang melayu tu kalau masak steady je tapi rasanya memang pergh! Sampai hari-hari aku order menu yang sama berulang-ulang tanpa jemu.

 
 
Pernah sekali sampai aku terfikir, “alangkah baiknye kalau aku kawen dengan abang ni disebabkan kehandalan dia memasak”. -.-” Aku kalau datang kedai ni akan sembang kencang dengan pembantu indo dia. Entah apa nama kakak ni aku tak tau. Dok 6 bulan makan situ, tak pernah tanya nama. Just panggil ‘akak’ and ‘adik’.
 
 
Dah bersalam dengan akak Indo yang lupa nak tanya nama sampai sekarang, aku pergi ke gerai ayam penyet yang aku suka pulak. Ayam penyet ni sedap tahap 5 bintang! Sebab masakan ayam penyet ni pure ikut cara Indo masak. Aku jarang-jarang beli sebab ayam penyet ni harganya RM4.50. Aku lebih selalu beli nasi goreng kampung abang atas sebab harga dia RM4. Jimat la 50 sen…
 
 
Tapi hari-hari terakhir, aku bedal ayam penyet ni straight seminggu sebab nanti dah tak dapat nak merasa. Akak Indo ni ada jual Lele Penyet, Itik Penyet and macam-macam lagi. Batu belah, batu bertangkup betul. Aku dah lama ngidam Itik Penyet… Tapi harga dia mahal 50 sen daripada ayam penyet….
 
 
Aku cakap kat akak tu,”nanti saya dah kaya sikit, saya beli itik penyet pulak”. Sampai ke sudah aku tak beli.
 
 
Aku: Akak, saya nak bagitau ni (bajet suspen). Ini kali last saya datang kedai akak.

Akak Ayam Penyet:Eh, kenapa ni dik???

Aku: Saya pindah rumah dah… Tak duduk sini lagi…

Akak Ayam Penyet: Eeee jahat ni… jahat ni… Nak pindah-pindah.

Aku: Entah bila laa saya dapat makan kat kedai akak lagi.

Akak ayam penyet: Adik, amek no akak. 012-xxxxxxx

Aku: Ok. Nama akak apa ae? Saya nak save. 

Akak ayam penyet: Nama akak Maya. Luna Maya.

Aku: :O *terlopong* Akak jangan main-main kak… (nada aku serious weh macam nak marah).

Akak ayam penyet: Betul.. Itu nama akak dik.

Aku: Macam saya tak tau itu nama artis. (marah lagi)

Akak ayam penyet: Hahahah abeh dah betul tu memang nama akak

 
 
Aku macam rela tak rela nak save nama akak tu Luna Maya…. wakakaka.
 

Sekarang aku menetap di Sungai Besi ^.^

 

Dramatic Makeup Theme

 

Darlings!

 

Semasa sedang bershopping minggu lepas, ada dua Chinese ladies approach minta tolong ku untuk jadi model projek mekap diorang. Atas dasar keperimanusiaan yang tinggi, rasa ehsan dan ingin membantu, aku lantas bersetuju.

 

Saya: Kenapa U pilih I??

Dia: Sebab U cantik maaaa (2 harakat).

 

Alah, padahal aku tahu korang serkap jarang je pilih orang sebenarnya..

 

Tapi, aku terlupa tentang beberapa aspek….

i) Batas aurat

ii) Batas pemakaian aksesori

 

Ini gambar pertama. Aku terlupa kalau mekap kan kena cabut tudung )’: Mana boleh show off leher.. Tapi macam dah terlambat dan tak berhemah tiba-tiba kalau aku nak cakap Stop! Sorry but I cant proceed!  Kalau aku pkai shawl that day, akan ku utilize daya kreativitiku untuk lilit tutup leher. Tetapi aku pakai tudung sarung yang ada payung kat dahi (awning). Tidak boleh bikin lilit…

 

Semasa disolek, skaf hitam terpaksa aku ke belakangkan sikit untuk elak comot mekap maka anak-anak rambut pun terkeluar )’: The lady dah janji pada aku tak tunjuk gambar pada sesiapa. Tapi dia upload pic-pic aku dekat FB diaaaaa (MEMANG takde sesiapa la kan kat FB tu. Apakah?). I would like to explain to her on the batas aurat but how can a non muslim understand sebab ramai orang kita sendiri tak bother tentang aurat )’:

 

But one day nanti aku akan message her properly to ask her to remove my pics…. Sorry ladies, I know u have done a great work on my face.

 

 

Ini pula kelampauan obsesi untuk kalahkan Rozita Che Wan. Memang aku tak tau tema mekap Dramatic theme. Aku mula ingat mekap ini untuk tema natural make-up or paling high pun untuk dinner makeup. Ambik, sekali pelepah daun kelapa mana bersangkut di mata ku T_T
 

And tidak silap, baru-baru ini ada muncul kata-kata bahawa memakai bulu mata palsu haram. I’ll check-encik-daud dengan lebih mendalam *CEKIDAUD* Okay, jangan terus condemn aku atas gambar-gambar ini sebab tujuan aku tulis entri ini pun sebab nak bercerita tentang kesilapan aku sepanjang sesi ni.

 

Yang buruk semua datang daripadaku. Ya Allah, aku seorang pendosa naif..

 

 

Kiss & Fly
Photobucket

Bukan sahaja seorang Forever Alone yang kental, tetapi merupakan penjual tudung di Riche Marquis.

contact: fuza.marquis@gmail.com

NOTIS KERJA KOSONG
Pecah Masuk
PASANG SEJAK 27/3/2012

16
Unique
Visitors
Powered By Google Analytics